Wednesday 28 March 2012

Rovio tak buat "Angry Birds Space" untuk Windows Phone


Setelah melancarkan game Angry Birds Space untuk peranti berasaskan iOS dan Android, kini Angry Birds Space akan disediakan untuk Windows Phone.

"Kami bekerja untuk menyediakan aplikasi Andry Birds di Windows Phone. Kami bekerja sama erat dengan Nokia untuk membawa game ini ke platform mereka," ujar Mikael Hed, Ketua Pegawai Eksekutif Rovio, kepada Reuters akhir minggu lalu.

Langkah ini dilakukan Rovio agar mereka menjangkau semua fans, termasuk fans yang menggunakan Windows Phone.

Namun, Hed belum memberi kepastian bila-bila aplikasi si burung pemarah yang beraksi di luar angkasa ini akan "terbang" untuk Windows Phone.

Kenyataan Hed sekaligus menepis khabar angin yang beredar bahwa syarikat asal Finland itu tidak akan membuat Angry Birds Space untuk Windows Phone.

Game Angry Birds telah dimuat turun sebanyak 700 juta kali oleh pengguna Android dan iOS. Burung pemarah juga berjaya menjadi game Facebook yang membesar paling cepat.

Selain untuk Android dan iOS, saat ini Angry Birds Space juga sedia untuk PC dan Mac. Aksi burung pemarah di luar angkasa memberikan sensasi gaming yang berbeza dari Angry Birds versi sebelumnya kerana ada graviti yang membuat si burung berpusing-pusing.

0 comments :

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost