KUALA LUMPUR, 14 NOVEMBER 2011: Pelakon seksi dan kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah,24, akui berpakaian seksi yang disifatkannya separuh bogel di dalam majalah FHM Indonesia edisi Oktober lalu, adalah pilihannya sendiri dan bukan atas paksaan dari mana-mana pihak.
Malah, Zarina yang menjalani pengambaran fotografi untuk majalah tersebut dua bulan lalu berkata, dia sedia menanggung apa jua keburukan, mahupun kesan-kesan yang bakal dipikul akibat berpakaian menjolok mata.
“Sebenarnya pihak majalah FHM Indonesia pernah menawarkan saya untuk melakukan pengambaran foto sebelum ini sebanyak dua kali. Tetapi saya menolak kerana pakaian yang ditawarkan terlalu seksi iaitu lebih kurang berbikini.
“Tapi kali ini, saya menerima pelawaan mereka untuk bekerjasama dengan majalah FHM dari Indonesia selepas mendapati pakaian yang diberikan lebih tertutup, walaupun saya sedar akan ada blogger yang akan mengutuknya.
“Saya tidak peduli apa orang nak kata tentang diri saya. Ini kerana sejak menjadi artis apa jua tindakan yang saya lakukan semuanya akan diperkatakan oleh masyarakat.
“Jadi saya tidak mahu komen lebih lanjut. Cuma apa yang boleh saya katakan sekarang, saya telah bersetuju melakukan pengambaran foto itu kerana memang itu adalah pilihan saya sendiri.
“Kalau masyarakat masih mahu bercakap buruk tentang diri saya, itu terpulang kepada mereka kerana yang menanggung dosanya adalah saya,” luahnya ketika ditemui dalam sidang media filem Khon Malay, petang semalam.
Pelakon yang mula menempa nama menerusi drama Anak Pontianak itu, sebelum ini pernah menggemparkan industri seni tanah air dengan foto-foto seksinya pada tiga tahun lalu.
Namun sejak dari itu, namanya tidak pernah berhenti daripada terpalit dengan cerita-cerita kontroversi berbanding kerjayanya.
Walaubagaimanapun, dia bakal kembali ke dunia lakonan dengan membintangi filem aksi Khon Malay bersama pelakon utamanya, Faizal Hussein yang bakal menjalani pengambaran hujung November ini.
“Bagi saya berlakon adalah kerja separuh masa untuk menanggung sebahagian kehendak saya yang kini sebagai seorang pelajar kolej. Jadi saya terpaksa kurangkan atau menolak tawaran yang boleh menganggu pembelajaran saya.
“Saya bukan seorang yang boleh buat dua kerja dalam satu masa. Jadi lebih baik saya menumpukan perhatian saya lebih pada pelajaran.
“Walaubagaimanapun saya tidak mampu menolak tawaran untuk filem Khon Malay, kerana watak aksi yang diberikan kepada saya adalah watak yang saya idam-idamkan dari dulu.
“Jadi saya tidak berfikir panjang untuk menerimanya. Tambahan pula, saya kini sedang bercuti semester,” katanya yang merupakan pelajar kolej di salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu kota.
Filem Khon Malay terbitan Northstar Acres Sdn Bhd itu merupakan sebuah filem aksi yang memaparkan sukan tinju. Ia mengisahkan mengenai kesungguhan serta pengorbanan seorang wanita yang ingin mencapai cita-ciatnya sebagai ahli sukan tinju yang berjaya.
-Murai
0 comments :
Post a Comment