Friday, 8 April 2011

Kedah kembali tunjuk belang
Oleh Kamudin Baharom
bhsukan@bhsukan
2011/04/09

PEMAIN Kedah (kiri) berebut bola dengan pemain Perlis pada pertemuan Liga Super di Stadium Utama, malam tadi.
PEMAIN Kedah (kiri) berebut bola dengan pemain Perlis pada pertemuan Liga Super di Stadium Utama, malam tadi.
PENALTI Baddrol Bakhtiar pada babak pertama menyaksikan Perlis terus dirundung malang dalam pertemuan sesama utara yang berpihak 1-0 kepada Kedah di Stadium Utama, Kangar malam tadi.

Pada pertemuan tunggal Liga Super itu, Baddrol tenang menyepak ke kiri penjaga gol, Mohd Amirul Rosli pada minit ke-30 dengan Amirul sebelum itu menjatuhkan pemain sayap, Mohd Khyrill Muhymeen Zambri dalam kawasan bahaya.

Kemenangan itu bagaimana pun tidak mengubah kedudukan Kedah yang kekal di tempat keenam, namun kekalahan itu, yang ketujuh sehingga kini menyaksikan Perlis masih belum merekodkan kemenangan selepas 10 perlawanan.

Dalam pada itu saingan Liga Perdana turut berlangsung dengan Tentera gagal memanfaatkan keciciran mata pendahulu, PKNS apabila seri 1-1 dengan Sarawak di Stadium Negeri, Kuching, semalam.

PKNS terikat tanpa jaringan dengan Harimau Muda B kelmarin, namun Tentera terlepas peluang untuk merapatkan kedudukan kepada dua mata dengan mereka kini dipisahkan dengan empat mata.


  • Di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang gagal menamatkan badi mereka musim ini apabila kecundang 1-2 kepada Johor, menjadikan mereka pasukan pertama yang gagal mengutip sebarang mata sehingga kini.




  • Di Stadium JCORP, Majlis Perbandaran Muar terikat 1-1 dengan SDM Navy Kepala Batas.




  • Di Stadium MBPJ, Sime Darby seri tanpa jaringan dengan Polis manakala di Stadium Selayang, Pos Malaysia meraih kejayaan 1-0 ke atas USM FC.



  • tahniah kedah atas kemenangan.....

    0 comments :

    Post a Comment

     
    Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost