Monday 24 October 2011

Kemalangan di Sepang International Circut 23 Okt 2011



MotoGP GP Malaysia dibatal ekoran kemalangan maut Simoncelli

LITAR Antarabangsa Sepang (SIC) diselubungi duka apabila penunggang San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Selekoh 11 pada pusingan pertama perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia- Shell Advance, semalam.
Insiden maut itu menyebabkan perlumbaan kelas berkenaan dibatalkan, petang semalam.
Penunggang 24 tahun dari Itali yang menaiki podium di GP Republik Czech pertengahan Ogos lalu tergelincir ketika mengambil selekoh sebelum Colin Edwards (Monster Yamaha Tech 3) yang tidak sempat mengelak terlanggar Simoncelli hingga menyebabkan topi keledar Simoncelli tercabut.

Turut terbabit dalam insiden pertama kali membabitkan kematian di Litar Sepang itu ialah Valentino Rossi (Ducati) tetapi penunggang veteran 32 tahun itu sempat mengelak dan bergerak ke dalam garaj pasukan sebelum dihentikan.

Berita malang itu disahkan Pengarah perubatan MotoGP, Dr Michele Macchiagodena dalam sidang media khas mengumumkan masa kematian penunggang itu pada jam 4.56 petang kerana kecederaan teruk di bahagian dada, tengkuk dan kepala.

0 comments :

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost