Tuesday, 20 December 2011

Nasi sudah menjadi bubur

Pak Syed merupakan satu-satunya golongan berada di Kampung Mahkota. Nama sebenar Pak Syed ialah Syed Azam bin Syed Ahmad. Dahulunya Pak Syed bekerja sebagai seorang tentera. Setelah tamat perkhidmatannya selama 21 tahun beliau kembali semula ke tempat tumpah darahnya iaitu di Kampung Mahkota.
Berbekalkan wang sagu hati ketika persaraannya, dia telah memulakan projek penternakan lembu di kampungnya. Kebetulan pula dia merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Setelah kematian ayah dan ibunya, seluruh harta peninggalan arwah tel jatuh ke tangannya. Sekarang dia mampu tersenyum kerana memiliki tanah, rumah, kereta, dan arta sendiri. Tambahan pula jualan ternakan lembunya amat lumayan dan mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai terutama semasa musim perayaan.
Kini Pak Syed telah hidup senang tidak seperti semasa dia menjadi tentera dulu. Ketika itu dia terpaksa bangun pagi untuk bersenam, mengilat kasut sendiri berkawad di tengah panas, dan meredah hutan belantara. Semua itu telah berlalu. Baginya, apa yang ada dalam fikirannya sekarang adalah untuk mencari harta sebanyak mungkin. “Abang, apa yang abang buat tn, hari dab senja ni,” jerit isterinya melihatkan Pak Syed asyik mengira keuntungan jualan ternakannya, tanpa menghiraukan waktu maghrib. “Alah kejaplah… sikit lagi ni, ” kata Pak Syed.
Mak Lijah menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah Pak Syed. Begitulah kehidupan Pak Syed yang sibuk dengan hartanya tanpa memikirkan usianya yang semakin lanjut. Pada suatu hari, rumah Pak Syed telah didatangi oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Encik Hasbullah. Perawakan Encik Hasbullah yang berpakaian kemas dan menaiki kereta mewah berwarna biru tua menjadi tanda tanya kepadanya. Kalau dilihat daripada personalitinya, orang akan berkata bahawa dia merupakan seorang kaya dari bandar. Kedatangan Encik Hasbullah telah disambut mesra oleh Pak Syed. Pak Syed menyangka mungkin orang ini datang kerana urusan perniagaan ternakan.
Encik Hasbullah memperkenalkan diri, katanya dia dari Kuala Lumpur dan ingin menawarkan satu skim yang akan memberi pulangan yang tinggi kepada Pak Syed. “Begini Pak Syed… Pak Syed hanya perIu melabur sebanyak RM50 000 sahaja, kemudian Pak Syed akan mendapat cek RM5 000 sebulan selama sepuluh tahun. Wang Pak Syed akan tetap ada dalam pelaburan, tidak terkurang sedikit pun. Pak Syed juga bebas untuk mengeluarkan wang pelaburan pada hila-hila masa sahaja. Selain daripada itu sekiranya Pak Syed menaja seorang lagi rakan., Pak Syed akan mendapat 10% daripada jumlah pelaburannya pada tiap-tiap bulan,” jelas Encik Hasbullah. Pak Syed mendengar dengan penuh minat. Baginya inilah peluang pelaburan yang palinglumayan pernah didengarnya. “Kalau simpan pun berapa sangatlah yang dia dapat, itu pun sekali setahun saja,” bisik hatinya. “Sekarang ni sudah ramai orang yang masuk Pak Syed, sudah ramai orang yang kaya… lni buktinya…” kata Encik Hasbullah lagi sambil menunjukkan beberapa salinan cek pelabur yang telah difotostat.
Terbeliak mata Pak Syed melihat salinan fotostat cek di hadapannya. Salah satu salinan menunjukkan nilai RM5 000. Baginya kalaulah dia dapat RM5 000 sebulan tak perlulah dia bekerja lagi. “Jangan fikir lama-lama Pak Syed, inilah peluang keemasan yang datang sekali saja dalam hidup,” desak Encik Hasbullah lagi. Dari kaca mata Pak Syed, Encik Hasbullah tentunya salah seorang pelabur yang berjaya. Lihat sajalah keretanya. Nilainya mencecah setengah juta. Jauh di sudut hatinya, Pak Syed juga ingin memiliki kereta seperti Encik Hasbullah.
Tanpa berfikir panjang Pak Syed telah bersetuju untuk melabur sebanyak RM50 000 yang akan diserahkan kepada Encik Hasbullah minggu hadapan. Encik Hasbullah mengeluarkan beberapa helai borang untuk ditandatangani Pak Syed sebagai surat persetujuan dan meminta RM500 sebagai deposit. Setelah segalanya selesai, Encik Hasbullah memohon diri untuk pulang. Pak Syed sebenarnya tidak memberitahu sesiapa walaupun isterinya. Kebetulan pada hari tersebut isterinya menghadiri kenduri kahwin di kampung berdekatan.
Setelah Pak Syed mengeluarkan semua wang simpanannya, dia telah menyerahkan wang tersebut kepada Encik Hasbullah pada tarikh yang dijanjikan. Bulan pertama dia telah menerima cek bernilai RM5 000. Alangkah gembira hatinya, mahu saja dia jualkan semua ternakannya dan tanah pusaka untuk menambah wang pelaburannya kepada RMI00 000. Bulan kedua dan ketiga segalanya berjalan dengan baik hinggalah pada bulan keempat cek yang ditunggu tidak diterima.
Pak Syed resah kerana kini, sudah lewat dua minggu. Dia mula mencari alamat pejabat Encik Hasbullah di Kuala Lumpur tetapi dia mendapati alamat yang diberi adalah alamat palsu. Pak Syed merasakan bahawa dia telah tertipu dan kemudiannya membuat laporan polis. Menurut pihak polis, mereka turut menerima aduan daripada beberapa mangsa yang lain dan polis akan cuba memberkas lelaki tersebut. Pak Syed sangat menyesal kerana wang RM50 000 lesap begitu saja. Tetapi apakan daya, bak kata pepatah,’nasi telah menjadi bubur’.

0 comments :

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost