Chicken Vindaloo Recipe - Click here for English
Bahan-bahan:
1 ekor ayam sederhana besat — bersihkan dan potong
1 bawang besar — hiris
10 bawang merah - kisar
1 sudu biji sawi
1 sudu jintan putih
20 tangkai cili kering - kisar halus
1 kunyit hidup (kecil) - kisar halus
6 ulas bawang putih - kisar
2.5 cm halia - kisar
2 tangkai daun kari
Cuka secukup rasa
Garam secukup rasa
2 sudu minyak masak
Method:
1. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan biji sawi dan jintan putih.
2. Setelah gemersik, masukkan bawang dan goreng hingga keemasan.
3. Masukkan semua bahan kisar dan tumis sehingga cili masak.
4. Masukkan ayam dan daun kari. Kacau rata. Masak sehingga ayam mesra dengan bahan-bahan tumis tadi.
5. Kecilkan api, tutup dan biarkan seketika hingga ayam masak.
6. Masukkan cuka dan garam secukup rasa. Masak seketika dan tutup api.
Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
Friday, 30 December 2011
Resepi Ayam Vindaloo
22:41
TuneTalk Kedah
No comments
0 comments :
Post a Comment