Thursday, 22 December 2011

Tips Untuk Merancang Kewangan


Catat dan nilai- Anda dinasihatkan untuk mencatat semua perbelanjaan. Kategorikan perbelanjaan anda seperti bayaran rumah,ansuran kereta, bil elektrik, belanja, hiburan, anak-anak dan sebagainya. Kemudian nilai kos yang dikeluarkan setiap bulan. Jika perbelanjaan anda melebihi dari pendapatan, anda perlu bijak mencari jalan untuk mengurangkan perbelanjaan. Peraturan yang perlu anda ingat adalah jika anda tidak boleh membayarnya dengan wang tunai, anda tidak mampu membelinya.
Simpanan- Anda dinasihatkan untuk membahagikan sebahagian wang untuk simpanan. Perunding kewangan profesional menyarankan bahawa jumlah tersebut harus paling sedikit 10 peratus dari gaji anda. Jika anda tidak boleh menyimpan sebanyak itu, simpanlah secara sedikit2 dan ianya mungkin boleh membantu anda dalam kesusahan nanti.
Beli apa yang anda perlukan, bukan apa yang anda inginkan. Jika anda tidak mampu membelinya, jangan membelinya.
Kad kredit- Sebaiknya anda perlu mengelak daripada menggunakan kad kredit. Jika anda perlu membelanjakan wang dengan satu jumlah yang  besar, gunakanlah kad kredit anda dengan berhemat. Sebelum menggunakan apa-apa jenis kad kredit pastikan kadar interest yang dikenakan adalah rendah. Jika anda tidak boleh membayar penuh setiap bulan, kadar interest akan meningkat dari semasa ke semasa. Anda juga perlu membiasakan diri untuk membuat semakan bank  dan laporan kad kredit. Syarikat kad kredit dan bank juga kadang-kadang akan membuat kesalahan terhadap kos yang anda telah belanjakan.
Pelaburan- Anda dinasihatkan untuk memiliki rumah sendiri dan bukan menyewa. Memiliki rumah adalah merupakan pelaburan dalam menyokong kewangan anda pada masa hadapan. Sekiranya anda merupakan penyewa pula,  anda merupakan seorang pembantu terhadap pelaburan orang lain.
Jalan pintas- Anda dinasihat untuk mengelakkan diri daripada mengambil jalan pintas menuju kekayaan seperti perjudian atau skim cepat kaya. Ini adalah kerana kemungkinan anda akan kehilangan wang pelaburan adalah lebih tinggi daripada kejayaan. Ia hanyalah pembaziran terhadap wang anda dan bukannya pelaburan.

0 comments :

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost