Friday, 23 December 2011

'Tunggu penjelasan Chong Wei'

CHONG WEI berhasrat untuk kembali 'berguru' dengan Misbun.


"BUAT masa ini biarlah kita tunggu keputusan daripada Datuk Lee Chong Wei dahulu."

Demikian jelas Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh semalam ketika diminta mengulas hasrat Chong Wei yang mengharapkan sentuhan bekas jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek.

Menurut Kenny, Chong Wei tidak pernah berbincang dengannya mengenai keinginan untuk kembali berlatih dengan Misbun.

Katanya, BAM tidak akan membuat sebarang perubahan sebelum mendengar sendiri kata-kata daripada mulut pemain badminton kelahiran Pulau Pinang itu sendiri.

"Saya tidak tahu mengenai hasratnya itu. Dia (Chong Wei) pun tidak berjumpa dengan kami dan membuat permohonan tersebut. Jadi, lebih baik kita tunggu Chong Wei bertemu saya dahulu.

"Saya pun mengetahui mengenai hal ini melalui laporan media. Apa pun keputusan, kami perlu dengar dahulu daripada Chong Wei.

"Oleh itu, buat masa ini saya tidak mahu fikirkan mengenai soal ini," jelas Kenny ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beberapa akhbar tempatan semalam melaporkan tentang keinginan Chong Wei yang masih mengharapkan sentuhan bekas 'sifu'nya dalam membuat persiapan untuk menghadapi temasya Sukan Olimpik 2012 di London.

Misbun

0 comments :

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost