Wednesday 28 March 2012

Film "Streaming" Bakal Menghapuskan DVD?


Film streaming dari internet akan lebih diminati dari filem di kepinggan DVD. Apakah ini akan menjadi titik penghapusan DVD?

Seperti dilaporkan TechCrunch, lembaga survei IHS Screen Digest melancarkan laporan tentang ramalan kematian filem DVD pada tahun 2012 ini. Penggemar filem akan lebih sering menikmatinya di internet melalui video streaming berbanding menikmati melalui DVD.

Film streaming akan meningkat menjadi 3,4 bilion judul di tahun ini, berbanding 1.4 bilion judul di tahun lalu. Sementara pengambilan Blu-ray dan DVD hanya naik menjadi 2,4 bilion judul filem.

Hasil kajian itu juga menyebut bahawa perkhidmatan video streaming seperti Netflix menyumbang sekitar 94 peratus daripada seluruh pengambilan filem berbayar secara dalam talian.

"Peralihan perniagaan filem ini hanya soal waktu. Hampir sembilan tahun selepas pelancaran iTunes Store, Compact Disc (CD) masih menjadi bahagian penting dari perniagaan muzik," kata penulis lapiran IHS Dan Cryan.

Memang kebanyakan orang di seluruh dunia masih akan membeli filem dengan format DVD atau CD. Tapi filem dengan format Blu-ray pun akan bersiap menggantikan filem dengan format DVD dan CD itu.

Lembaga kajian itu juga menjelaskan mengapa penggemar filem perlu membeli filem berformat high definition (HD) dalam bentuk optik, bila boleh memuat turun filem yang berkualiti sama di internet.

Di negara-negara membangun, seperti Indonesia,Malaysia memang akan masih banyak jualan film berformat optik. Tapi dengan seiring harga internet broadband yang akan semakin murah, maka cara menikmati film pun juga akan berubah.

Sebuah filem kebanyakan akan muncul dalam bentuk format digital, baik secara sah mahupun haram. Tapi tidak lama selepas filem dikeluarkan, filem memang akan dijual dalam format DVD

0 comments :

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost