Wednesday, 28 March 2012

iPhone 5 Tak Akan Pakai Layar Besar?


Apple tetap akan memakai saiz skrin 4,6 inci, "New iPhone" atau iPhone 5 disebut akan tetap memakai skrin 3.5 inci.

Apple masih menggunakan prinsip skrin smartphone ideal adalah 3.5 inci. Kerana, saiz skrin yang tidak terlalu besar itu mempermudah pandu arah boleh dilakukan dengan satu tangan.

Selama ini, peranti Android memang mempunyai saiz bentang skrin lebih lebar. Salah satunya Samsung Galaxy S II yang mempunyai skrin 4.3 inci.

Seperti dipetik dari ImOre, Apple akan tetap memakai saiz skrin mini, iaitu 3.5 inci untuk iPhone 5, sama dengan skrin iPhone sebelumnya.

Memang skrin "mini" pada iPhone tersebut dinilai kurang memuaskan kerana vendor ponsel Android justeru membuat telefon dengan skrin lebih lebar.

Dengan skrin lebih besar, khususnya pada peranti Android dan Windows Phone, memung
kinkan untuk browsing website atau menonton video di telefon menjadi lebih selesa.

Namun seperti biasa, Apple akan membiarkan khabar angin yang tersebar di pasaran dan tidak akan memberi komen sebelum acara pelancaran produk secara rasmi.

Sebaliknya , "New iPhone" ini bakal dilengkapi dengan sambungan Long Term Evolution (LTE) atau 4G. Sambungan ini sebelumnya sudah diberikan pada iPad baru.

Dianggarkan, Apple akan mula menghasilkan iPhone terbaru ini pada suku II-2012 dan akan dilancarkan pada Oktober 2012.

0 comments :

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost