Tuesday 20 March 2012

Wujudkah Barang Kemas Untuk Lelaki



Allah Mengharuskan Pemakaian Emas Kepada Wanita Untuk Dijadikan Perhiasan Diri.
Walaubagaimanapun Badan Yang Ditunjukkan Perhiasan Tersebut kepada umum Hanya Pada Anggota Zahir Sahaja Iaitu Bahagian Muka Dan Dua Tangan Hingga Ke Pergelangan Tangan.

Adakah Bahagian Muka Itu Termasuk Bahagian Telinga?
Tidak.Bahagian Telinga Adalah Wajib Ditutup Dan Wanita Tidak Boleh Menunjukan Bahagian Tersebut Kecuali Yang Mahram.


Bagaimana Pemakaian Emas Di Pergelangan Tangan?
Wanita Boleh Memakainya Asalkan Tidak Bersifat Menunjuk-Nunjuk.Tidak Boleh Sengaja Menyelak Kain Lengan Baju Bertujuan Menampakkan Perhiasan Yang Dipakai Kepada Yang Bukan Mahram. Kaedah Pemakaian Gelang Jenis Lain Juga Sama Seperti Di Atas.


Bagaimana Cara Terbaik Permakaian Cincin Emas Bagi Wanita?
Sebaik-baik Pemakaian Cincin Ialah Pada Jari Manis Kerana Bertepatan Dengan Sunah Nabi.Walaubagaimanapun Diharuskan Memakai Pada Jari Yang Lain Asalkan Tidak Bersifat Keterlaluan(Terlalu Banyak) Sehingga Bolaeh Membahayakan Diri(Disamun).

Adakah Sesorang Itu Boleh Memakai Rantai Emas Di Luar Tudung Seperti pengantin Yang Mengayakan Di Hari Perkahwinan Mereka?
Tidak Apa Jika Kepada Adik-Beradik Yang Mahram. Tidak Boleh Dipakai Di luar Rumah Yang Boleh Ditonton Oleh Lelaki Ajnabi(Lelaki Bukan Mahram)


Apakah Hukum Bagi Wanita Yang Memakai Gelang Kaki Berloceng?
Wanita Tidak Boleh Memakai Gelang Kaki Berloceng Kecuali Memakainya Di Rumah Depan Suami Atau Yang Mahram Dan Majlis Yang Dihadiri Oleh Wanita Sahaja. Allah Berfirman ”Janganlah Sesiapa Yang Menghentak Kaki Untuk Diketahui Oleh Orang Tersembunyi Daripada Perhiasan Mereka.” (Surah An-Nur 24:31)


Bolehkah Wanita Memaki Rantai Emas Dari Dalam Tudung Sehingga Menampak Rantai Atau Loket Yang Dipakai Dibawah Tudung Yang Dipakai Seperti Trend Sekarang?
Tetap Tidak Boleh.


Apakah Hukum Lelaki Memakai Barang Kemas Seperti Rantai atau Gelang Emas?
Hukum Memakai Emas Dan Sutera adalah Haram Bagi Lelaki. Termasuk Juga Perhiasan Yang Diperbuat Daripada Emas seperi Pen,Jam Tangan,Gelang Tangan,Rantai atau Butang Baju. Saidina Ali Pernah Meriwayatkan Bahawa Nabi Pernah Mengambil Sutera Dan Meletakkan Di Sebelah Kanannya.Lalu Mengambil Emas Meletakkan Sebelah KIrinya.Baginda Pon Bersabda “Sesungguhnya Kedua-Dua Barng Ini Haram Bagi Kaum Lelaki Daripada Umatku.”( Riwayat Imam Ahmad,Abu Daud Dan an-Nasa’i)


Bagaimana Pula Dengan Hukum Lelaki Yang Memakai Cincin Suasa?
Haram Bagi Lelaki Yang Memakai Cincin Suasa Ada Campuran Logam Emas.Lelaki Boleh Memakai Cincin Perak atau Mana-Mana Logam Asalkan Tidak Bercampur Logam Emas.
Bolehkah Suami Memakai Rantai,Gelang Atau Cincin Emas Untuk Dipamerkan Oleh Isteri Sahaja?
Lelaki Tidak Boleh Memakai Emas Walau Sedikit Tanpa Keuzuran Yang Diharuskan Oleh Syarak. Lelaki Juga Haram Memakai Gelang Daripada Pelbagai Benda Seperti Daripada Jenis Logam,Tali Guni,Tali Plastik,Manik, Kayu Atau Gelang Yang Diperbuat Dengan Pelbagai Warna Berlogokan Jenama Sukan atau Gelang Getah Pengikat Makanan.


Dalam Suasana apakah Lelaki Diharuskan Memakai Barangan Emas?


Lelaki Diharuskan Memakai Emas Dalam Dua Keadaan:
1. Gigi emas-Diharuskan Memakai Atas Sebab Mendapat Nasihat Doktor Sekiranya Memakai Gigi Palsu Lain Boleh Mendatangkan Mudarat Seperti Bau Busuk Mulut Yang Meloyakan.


2. Hidung Emas-Menggunakan Hidung Palsu Kerana kerosakan Hidung Disebabkan Penyakit Resdung Yang Teruk atau Disebabkan Kemalangan Yang Tidak Boleh Diganti Oleh Hidung Tiruan Lain Yang Boleh Menyebabkan Kemudaratan Yang lain.

Bolehkah Lelaki Menjual emas?
Harus.Haram Bagi Lelaki itu Mengayakan/Memakai Barang Kemas Yang Ingin Dijual Walaupun Di Hadapan Pelanggan.


Bagaimana Kalau Menyimpan Pinggan,Mangkuk,Sudu,Garfu Atau Perabot Rumah Yang Diperbuat Daripada Emas?
Haram Menyimpanya Menggunakan Barangan Tersebut Kerana Dibimbangi Ada Orang Lain Yang Tidak Tahu Menggunakannya.


Apa Yang Perlu Dibuat Terhadap Perabot Ataun Hiasan Emas Tersebut?
Menjulkannya Kepada orang Bukan Islam.
Apakah Hukum Bagi Kubah Masjid atau Bumbung Masjid Yang Diperbuat Daripada Emas?
Harus Kerana Masjid adalah Kegunaan Orang Ramai.


SumBer: Majalah Ilmu Tarbiah Motivasi Dan Merungkai Persoalan Membetulkan Amalan(QA)
Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz

0 comments :

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost